Thursday 3 March 2011

siswazah menganggur


 PENGANGGURAN SISWAZAH


Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah menganggur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung segera sebelum menjadi dilema yang semakin serius.

FAKTOR

isu setinggan


A.DEFINISI
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan,kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas.

B.FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN SETINGGAN

pembentukan modal insan patriotik


Bagaimanakah pengamalan unsur patriotisme yang mengandungi nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui aktiviti sukan dan permainan bagi melahirkan modal insan yang patriotik seperti:

Intergiti & Rasuah


Definisi Rasuah 

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Punca Berlakunya Rasuah

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Kesan-Kesan Rasuah

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
 
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Biodiversiti



DEFINISI
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007)

KEPENTINGAN
A.KEPADA ALAM

1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI
Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.MODIFIKASI IKLIM
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.KAWAL HAKISAN TANAH
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPADA MANUSIA
1.NILSI INSTRUMEN
Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.

2.NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi”masing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.

MASALAH
1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.
Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.


4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI
1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.

4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.

Tuesday 1 March 2011

ISU ALAM


Kesan Pembangunan Tanah Ke atas Alam Sekitar
Pertanian
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.
Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.
Perlombongan
Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar.
Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fisikal lain. Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka.
Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.
Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.
Sisa buangan/pembentungan
Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.
Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.
Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.
Aktiviti lain
Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yang dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan dan jalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur di dapati meningkat kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat peningkatan jumlah lalu-lintas.
Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau dan pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan segera.
Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995) untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar.
Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendiri alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaan bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber lain termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993)
Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.