Thursday, 3 March 2011

isu setinggan


A.DEFINISI
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan,kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas.

B.FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN SETINGGAN
1.WUJUDNYA KAWASAN-KAWASAN TERBIAR
Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit.

2.KOS HIDUP YANG TINGGI
Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan.Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600 sebulan kerana bekerja di sector yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.

3.KURANGNYA RUMAH KOS RENDAH ATAU SEWANYA MURAH
Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan.Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi.Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan.

4.PERPINDAHAN MASYARAKAT KAMPUNG KE KAWASAN BANDAR
Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar,tukang kayu,pekerja kilang,peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal.

C.KESAN-KESAN KEWUJUDAN SETINGGAN
1.MENGANCAM KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR
Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan Bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit social seperti jenayah ragut,rogol,kegiatan AhLong dan lain-lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya.

2.MENGANCAM KESIHATAN PENDUDUK
Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk.

3.MENIMBULKAN MASALAH KEBAKARAN DAN KETIDAK SELESAAN HIDUP
Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa.

4.MENYEBABKAN POLARISASI ANTARA KAUM TERJEJAS
Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan polarisasi antara kaum di Negara ini semakin menebal.Contohnya,di Kuala Lumpur kita boleh melihat sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka tersendiri.Pengasingan yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara iniHal ini sekaligus akan menjejaskan imej negara kita..


D.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN
1.KERAJAAN MEMBERIKAN IMBUHAN KEPADA PENDUDUK
Bagi mengekang masalah ini,kerajaan hendaklah memberikan imbuhan kepada penduduk sekiranya kerajaan meminta untuk mengambil penempatan setinggan untuk dibangunkan.Dalam hal ini,kerajaan harus bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada penduduk setinggan seperti menyediakan rumah kos rendah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.Penyediaan ini harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air,sekolah,klinik dan lain-lain.

2.MENYEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH
Pihak Majlis Perbandaran juga haruslah menyediakan kawasan perumahan yang baik serta bersesuaian dengan penduduk.Contohnya,kawasan perumahan haruslah dibina di kawasan yang strategik supaya tidak membebankan penduduk untuk mencari rezeki.Pihak tersebut juga haruslah mengurangkan lagi jumlah bayaran sewa rumah agar penyewa tidak terlalu dibebani dengan pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

3.MENYERU PENDUDUK SETINGGAN MEMBERIKAN KERJASAMA
Pihak kerajaan haruslah menyeru penduduk setinggan memberikan kerjasama kepada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan.Contohnya,penduduk setinggan haruslah berpindah apabila pihak kerajaan mengambil penempatan tersebut.Sahutan daripada masyarakat sangat diharapkan dalam menjayakan usaha ini yang sejajar dengan seruan kerajaan supaya mencapai setinggan sifar.

4.MENYEDARKAN PENDUDUK TENTANG KEBURUKAN SETINGGAN
Pihak kerajaan juga haruslah menyedarkan penduduk setinggan tentang keburukan dan kelemahan tinggal di kawasan setinggan.Dengan ini,penduduk yang terbuka mata dan mindanya akan sedar kesilapan mereka.Mereka akan berpindah ke kawasan yang telah disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-usaha untuk membersihkan kawasan setinggan menjelang tahun 2010 mungkin akan tercapai dengan mudah.

No comments:

Post a Comment